June 16, 2013

Maut terbabas dalam longkang

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di KM68.5, Jalan Kea Farm-Tringkap, dekat Cameron Highlands, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa, Muhammad Junaidi

Zahidun, 24, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan menghala ke Tringkap dari Brinchang sebelum motosikal ditungganginya hilang kawalan.

"Mangsa terjatuh ke dalam longkang sebelum kepalanya terhantuk pada batang besi paip dan mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala," katanya ketika dihubungi. - Bernama

16 Jun 2013

0 comments:

Post a Comment