May 31, 2013

Padah ugut gergaji abang

KOTA BHARU - Padah mahu gergaji abang, seorang penganggur dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Mohd Yusuff Yunus selepas Muhammad Akhmarul Hisyam Shamsudin, 24, mengaku bersalah.

Tertuduh didakwa mengugut untuk mendatangkan kecederaan terhadap abangnya, Muhammad Akhmarul Hafiez, 27, dengan gergaji dan kayu kerusi. Kejadian berlaku pada jam 4 petang, 27 Mei lalu.

Sebelum kejadian, berlaku pertengkaran mulut antara tertuduh dan abangnya sebelum pengadu cuba memukul pengadu dengan dua senjata itu.

Susulan itu, pengadu membuat laporan polis yang membawa kepada penahanannya hari sama.

Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukumannya diringankan dan berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan.

Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian 31 Mei 2013

0 comments:

Post a Comment