May 31, 2013

Dua warga Indonesia maut motosikal rempuh belakang lori rosak

KUANTAN: Dua lelaki warga Indonesia maut selepas motosikal yang mereka tunggangi merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan malam tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata nahas jam 9.30 malam di Kilometer 17 Jalan Jerantut-Temerloh, dekat Temerloh itu meragut nyawa Yatno Widodo, 26, dan Alfin Ariyanto, 30.

Katanya kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari arah Jerantut ke Temerloh terlanggar belakang lori berkenaan yang rosak kerana tayar pancit.

"Mereka yang cedera parah di kepala dan badan meninggal di tempat kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

BERNAMA 31 Mei 2013

0 comments:

Post a Comment