May 31, 2013

Buruh maut dilanggar jentolak sedang mengundur


KUANTAN: Seorang buruh binaan yang juga warga Indonesia maut selepas dilanggar sebuah jentolak yang sedang mengundur di kawasan tapak projek perumahan Pak Mahat, Jalan Kampung Soi di sini semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata mangsa dikenali sebagai Aprison, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, pemandu jentolak berkenaan yang sedang meratakan tanah di kawasan tersebut sedang mengundurkan kenderaan itu tanpa menyedari mangsa di belakang," katanya. - Bernama

31 Mei 2013

0 comments:

Post a Comment