February 14, 2013

Kedai akuarium hampir musnah terbakar

SANDAKAN: Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan sebuah kedai akuarium di Indah Jaya di sini daripada musnah keseluruhan dalam satu kebakaran, awal pagi kelmarin.

KAWASAN dalam kedai akuarium yang musnah akibat kebakaran, awal pagi kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira 2.30 pagi itu menyebabkan beberapa haiwan peliharaan termasuk dua ekor ikan jenis arowana, seekor kucing dan dua ekor arnab mati akibat kekurangan oksigen.

Pegawai Operasi Bomba, Devi Rashedee Ensoi berkata pihaknya memulakan operasi memadam kebakaran pada jam 2.34 pagi dan api berjaya dipadam sepenuhnya 15 minit kemudian.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan daripada orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

“Beberapa barangan turut musnah dalam kebakaran itu seperti mesin wang, mesin pencetak, komputer, rakaman litar tertutup selain makanan ikan dan haiwan peliharaan lain,” katanya.

Devi berkata, pekerja kedai berkenaan terpaksa menggunakan penyambung wayar di kedai bersebelahan untuk mendapatkan bekalan elektrik bagi mengelak haiwan peliharaan lain mati akibat kekurangan oksigen.

Utusan Borneo 14 Feb 2013

0 comments:

Post a Comment