January 30, 2013

Tengkorak rambut panjang tergantung dicelah pokok


Tengkorak manusia (dalam bulatan) ditemui tergantung di sebatang pokok di Pusat Pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang semalam.

SEPANG – Seorang pekerja landskap terkejut menemui tengkorak wanita berambut panjang tergantung di celah sebatang pokok rimbun di pintu masuk Pusat Pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Kejadian pukul 11 pagi itu disedari oleh pekerja itu kira-kira 100 meter dari bangunan Terminal Penerbangan KLIA.

Satu sumber berkata, tengkorak manusia warga China itu ditemui oleh seorang pekerja yang ditugas menebas rimbunan pokok di kawasan itu.

Sumber itu berkata, pokok itu dipercayai pokok mengkuang.

“Semasa melakukan kerja-kerja di situ, pekerja itu terkejut menemui tengkorak manusia tergantung di celah pokok manakala rangkanya pula bersepah di tanah.

“Rangka manusia itu berseluar jeans dan berbaju serta berambut panjang,” kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo!.

Kosmo 30 Jan 2013


Tengkorak tergantung

ANGGOTA Unit Forensik polis menjalankan siasatan di tempat kejadian, semalam.

Sepang: “Saya nampak objek seperti tulang tangan di tanah, tetapi disebabkan menyangka ia hanya patung saya meneruskan kerja menebas sebelum mendapati ia rangka manusia,” kata Sukirno Sukar, pekerja pembersihan yang menemui rangka manusia yang lengkap berpakaian di kawasan semak mengkuang berdekatan Pusat Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, Sukirno, 53, bersama rakannya ditugaskan menebas semak di situ sebelum menemui rangka manusia yang terpisah kepala.

“Bila menyedari objek itu rangka manusia, saya terkejut dan melompat melarikan diri sambil memanggil rakan yang berkerja berhampiran,” katanya yang ditemui, semalam.

Menurutnya, sambil ditemani rakan, dia cuba melihat lebih dekat rangka itu dan mendapati kepala sudah hilang sebelum menemui tengkorak yang masih berambut tergantung di pokok mengkuang.

“Kami berasa pelik kerana rangka itu tiada kepala. Kemudian, kami memeriksa kawasan sekeliling dan menemui kepala berambut panjang diikat dengan tali pada pokok mengkuang,” katanya.

Dia berkata, mereka memaklumkan penemuan itu kepada pihak pengurusan landskap dan seterusnya melaporkan kepada polis.


Difahamkan, rangka yang lengkap berseluar dan memakai baju-T itu seorang wanita dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak sebulan lalu.

Berhampiran rangka terbabit turut ditemui pasport milik seorang wanita warga China berusia 29 tahun dan pemeriksaan polis mendapati dia masuk ke Malaysia sejak 2010.

Selain itu, barangan lain yang dijumpai termasuk kad kredit dan duit dalam mata wang yuan China.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati tiada tanda hentakan atau kecederaan pada tengkorak berkenaan.

Sinar Harian 30 Jan 2013


Tengkorak tergantung di pokok

SEPANG – Mengejutkan apabila rangka milik seorang wanita ditemui tergantung pada pokok di pintu masuk pentadbiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Rangka wanita yang sudah meninggal dunia sejak sebulan lalu itu ditemui seorang pekerja landskap, kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda hentakan atau kecederaan pada tengkorak mangsa.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati, mangsa berambut panjang dan memakai seluar jeans serta baju-T.

"Tengkorak mangsa tergantung pada pokok manakala rangkanya bersepah di atas tanah," katanya.

Menuruntya, pasport milik warga China, kad kredit dan sejumlah mata wang asing turut ditemui berhampiran mangsa.

"Polis turut menemui tali sabut yang dipercayai digunakan untuk menggantung diri," katanya.

Imran berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sebelum laporan penuh bedah siasat diperoleh.

Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penemuan rangka tersebut diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Sinar Harian 30 Jan 2013



Rangka dalam semak tiada kaitan kes jenayah

Putrajaya: Keputusan bedah siasat bagi mencari punca sebenar kematian membabitkan rangka manusia yang ditemui di kawasan semak mengkuang berdekatan Pusat Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mendapati setakat ini tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, pihaknya dimaklumkan tiada kesan kecederaan ditemui pada rangka manusia itu selepas bedah disiasat dijalankan di Hospital Serdang.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan mangsa meninggal dunia berkemungkinan disebabkan tergantung di rimbunan mengkuang itu.

“Bagaimanapun, kita tetap meneruskan siasatan untuk mengetahui sama ada wujud atau tidak elemen jenayah dalam kes ini. Pada masa sama, kita juga menyiasat dokumen ditemui pada rangka manusia itu.

“Dokumen itu menunjukkan ia milik seorang wanita warga China, namun kita masih menyiasat sama ada ia milik mangsa atau orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam. Selasa lalu, sekumpulan pekerja pembersihan menemui rangka manusia lengkap berpakaian di kawasan semak mengkuang berdekatan Pusat Pengurusan KLIA, jam 11.30 pagi.

Dalam kejadian itu, pekerja pembersihan terbabit ditugaskan menebas semak di kawasan itu sebelum menemui rangka manusia yang terpisah kepala.

myMetro 3 Feb 2013



1 comment: