January 27, 2013

Cari waris lelaki mati tergantung

BATU PAHAT - Polis daerah ini sedang mengesan waris kepada seorang lelaki warga emas yang ditemui mati tergantung di sebuah restoran di bandar ini pada 8 Jan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superitendan Mat Razali Awang berkata, mayat Loh Fok Seng, 70, yang tinggal seorang diri dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk bedah siasat, namun warisnya gagal dikesan sehingga kini.

"Alamat terakhir Fok Seng berdasarkan kad pengenalannya ialah di No 31, Jalan Mohd Akil, Batu Pahat.

"Mangsa bekerja sebagai pencuci pinggan di restoran terbabit sejak 12 tahun lalu. Siasatan mendapati tiada unsur jenayah membabitkan kematian mangsa," katanya, semalam.

Menurut Mat Razali, mayat mangsa masih berada di Unit Forensik, HSNI.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Isa Sabeng Abdullah di talian 07-4363300 atau 013-7164222.

myMetro 24 Jan 2013

0 comments:

Post a Comment