December 25, 2012

Lelaki sedang bercuti ditemui mati di dapur



SIBU: Seorang lelaki dari Kota Samarahan ditemui mati di dapur rumah keluarganya di sebuah rumah panjang pada pukul 4.15 pagi semalam.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Jitan Madi, 38.

Jitan dan isterinya dikatakan sedang bercuti di kampungnya.

Selepas ditemui tidak sedarkan diri oleh salah seorang keluarganya, Jitan telah dihantar ke Hospital Selangau.

Menurut sumber, Jitan minum minuman beralkohol sekali sekala dan juga merokok.

Sementara itu, seorang gadis berusia 19 tahun yang sedang hamil telah membuat satu laporan polis pada pagi Ahad selepas teman lelakinya menghilangkan diri.

Teman lelakinya yang berusia 20an dijumpai pada tengah hari kemudian dan berjanji untuk mengahwininya.

Gadis tersebut telah membuat pemeriksaan perubatan selepas mendapati tahap kesihatannya tidak normal.

Dia didapati sedang hamil kira-kira 2-3 bulan.

Sumber The Borneo Post 25 Dis 2012

0 comments:

Post a Comment