October 19, 2012

Etnik Tidung adalah pribumi, bukan Indonesia

Gambar Sabahkini

TAWAU: Persatuan Kebajikan Kebudayaan Tidung Sabah (Pertisa) pada Khamis lalu mengharapkan yang berita mengenai permohonan mereka sebagai status bumiputera akan menyelesaikan masaalah komuniti tersebut.

Timbalan Presidennya, Dr Jefry Japar, berkata status etnik Tidung sebagai bumiputera, pada dasarnya, telah pun diterima oleh Kerajaan Persekutuan.

Dengan status buniputera, isu etnik pelajar Tidung untuk memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan selesai serta merta.

"Selepas ini, Pertisa berharap tidak berlaku lagi diskriminasi terhadap etnik Tidung kerana budaya dan agama mereka berada di bawah rumpun Melayu," katanya.

Etnik Tidung bukanlah orang Indonesia seperti yang dilabelkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Di atas sebab ini, ramai pelajar etnik Tidung tidak dapat memasuki atau melanjutkan pelajaran mereka di UiTM, katanya.

"Tiga tahun lepas, ramai pelajar etnik Tidung telah dibuang dari sekolah. Ini satu kerugian yang besar," katanya lagi.

Jefry berkata etnik Tidung telah diterima sebagai salah satu kaum pribumi di Sabah tetapi tidak di peringkat Persekutuan kerana maklumat yang tidak tepat.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, komuniti Tidung tidak perlu resah tentang status mereka. Ini kerana mereka bukan sahaja bumiputera, malah salah satu kumpulan etnik di Sabah.

Tawfiq berkata berdasarkan definisi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, etnik Tidung dikenali sebagai pribumi seperti juga etnik Kadazan, Dusun and Murut.

Sumber Daily Express 18 Mei 2012

BACA LEBIH LANJUT TENTANG KEPELBAGAIAN KAUM PRIBUMI DI SABAH DI SINI:
http://www.kabarborneo.com/2012/07/etnik-sabah-dalam-kepelbagaian.html

1 comment:

  1. Saya Henrynus Amin. Boleh saya kenali pemimpin Persatuan Tidong Sabah. no saya 013 880 5808. Setakat ingin tahu objektif persatuan ini. Saya Presiden Momogun National Congress (MNC).

    ReplyDelete