January 1, 2012

Tiga bersaudara maut

MIRI: Hasrat empat bersaudara untuk menyambut tahun baru bersama keluarga masing-masing tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 68, Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Johny Aba, 31, Wan Anyi, 49 dan Steven Malang, 21, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Denis Ting, 28, cedera parah di kepala dan muka dan kini dirawat di Hospital Miri.

Kejadian berlaku apabila Perodua Viva dinaiki mereka dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri bertembung dengan sebuah lori tiga tan, menyebabkan kenderaan mangsa remuk teruk.

Difahamkan, semua mangsa yang bekerja di Bintulu dikatakan merancang meraikan tahun baru bersama keluarga masing-masing di sini dan memulakan perjalanan pulang kira-kira jam 10 pagi.

Sumber polis, berkata rempuhan kuat menyebabkan kereta mangsa remuk teruk selain terseret sejauh 10 meter sebelum terjunam ke dalam longkang di tepi jalan.

“Rempuhan kuat itu juga menyebabkan pemandu dan seorang penumpang di bahagian depan tersepit dalam kenderaan berkenaan dan hanya berjaya dikeluarkan lebih satu jam kemudian oleh sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.

“Pihak kami belum mengenal pasti punca kejadian yang menyaksikan pemandu dan kelindan lori hanya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Miri,” katanya.

myMetro
1 Jan 2012

0 comments:

Post a Comment