LANGKAWI: Seorang pelancong Sudan mati lemas manakala dua rakannya terselamat apabila dipukul ombak semasa mandi di Pantai Cenang di sini, petang semalam.
Ketua Penguatkuasa Maritim (APMM) Wilayah Utara, Laksamana Pertama Muhammad Abdul Basar Taji, berkata mayat Mohamad Hassan Ibrahim Adam, 22, ditemui orang ramai terdampar di pantai itu kira-kira 8 pagi tadi.
Dua rakannya yang terselamat dikenali sebagai Mohamad Nazar Mohamed Abbala, 21, dan Mohamed Abdullah Ali Osman, 24.
Muhammad Abdul Basar berkata, kejadian itu dilaporkan oleh rakannya jam 3.45 petang semalam.
Gerakan mencari segera dilakukan oleh APMM dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam, namun baru hari ini mayat mangsa ditemui. - BERNAMA
2 Okt 2011
Cara tamatkan langganan berbayar aplikasi melalui SMS !
-
Kisahnya begini..
Aku terpikat la dengan satu aplikasi ni ketika aku dok sedang layan media
sosial. Aplikasi mengenai carian telefon pintar kita jika ki...
15 hours ago
0 comments:
Post a Comment