July 13, 2011

2 tahun derita kanser tulang

SERENDAH – Penderitaan adik Mohamad Shafiq Ramli, 11, akibat kanser tulang sejak dua tahun lalu cukup memilukan.

Dia bukan sahaja kehilangan kaki kiri, malah kaki kanan serta tangannya juga bakal dipotong berikutan penularan kanser ke seluruh tubuhnya.

Kini, harapan disandarkan ibunya, Jamilah Ahmad, 37, hanya kepada Allah SWT selain tetap terus berikhtiar mendapatkan rawatan bagi memulihkan penyakit anak bongsunya itu.

“Saya tidak sanggup melihat penderitaannya begini, dan doktor hanya menetapkan peluang untuk melihatnya hidup dengan memotong kaki kanan dan tangannya.

“Tetapi, saya tidak sanggup melihat keadaan itu dan merasakan masih ada peluang untuknya pulih, hanya jalannya belum kami temui,” katanya ketika ditemui di rumah adik iparnya di Taman Desa Melur di sini, semalam.

Menurutnya, Mohamad Shafiq yang manja dengan panggilan adik mula menunjukkan tanda-tanda penyakitnya pada Jun 2009 apabila dia mengadu sakit perut sebelum sakit pada kaki kiri sehingga membengkak.

Jamilah berkata, ketika itu mereka masih menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang dan berikutan penyakit itu dia terpaksa berpindah ke Serendah bagi memudahkan proses rawatan di hospital pakar.

Menurut Jamilah, keputusan imbasan yang dibuat selang seminggu tanda-tanda awal itu dialami telah mengesahkan anaknya menghidap kanser tulang.

“Bengkak yang semakin besar menyebabkan kaki kiri adik terpaksa dipotong.

“Luluh hati saya apabila mendengar keputusan imbasan kedua menunjukkan kanser telah menular ke bahu, badan dan kaki kanan adik,” katanya.

Jamilah berkata, badan Mohamad Shafiq kini semakin sensitif dan tidak mampu bergerak atau digerakkan kerana dia akan kesakitan.

Katanya, pelbagai kaedah rawatan sama ada moden dan tradisional telah dilakukan tetapi, penyakit Mohamad Shafiq masih belum pulih.

Namun, dia yakin masih ada rawatan yang dapat memulihkan penyakit anaknya.

“Harapan saya, kalau ada mana-mana pengamal perubatan Islam atau tradisional yang dapat mengubati penyakit ini, hubungilah saya segera.

“Tapi, kami memerlukan kesediaan mereka untuk datang ke sini kerana adik tidak mampu bergerak,” katanya.

Jamilah boleh dihubungi di talian 013-4025735 atau 03-60812110 atau datang ke alamat No 15, Jalan 3 B, Taman Desa Melur, Serendah.

Sinar Harian
13 Jul 2011

2 comments:

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola... boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook 'PENAWAR/UBAT KANSER'.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape... InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul....

    ReplyDelete
  2. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.

    Andai tahap 1 dan 2 bajet 8 bln..andai thp 3 dan 4 bjet 10 hnga 12 bulan insya allah.smbuh nti.kenapa ambil msa bbulan bulan or hmpir sthun utk smbuh? Sbb kita mrawat pnykit yg berat...knser jd proses mmg lma tp insya allah bkesan

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

    Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

    ReplyDelete