December 29, 2010

Usaha KPJ langkah proaktif tangani buang bayi

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Usaha Hospital Pakar KPJ Ipoh, Perak membuka pusat perlindungan bayi di dalam hospital itu merupakan satu tindakan proaktif bagi mengelak kejadian membuang bayi di negara ini.

Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM), Prof. Datuk Mohd. Hamdan Adnan berkata, perkhidmatan itu amat baik kerana remaja yang hamil luar nikah tidak terus memilih untuk membuang bayi selepas ini.

"Sebelum ini tiada institusi kesihatan yang bertindak menyelamatkan nyawa bayi. Oleh itu, mereka yang terjebak dalam masalah ini memilih untuk membuang bayi," katanya.

Beliau mengulas tindakan hospital berkenaan yang melancarkan pusat perlindungan bayi dalam hospital yang pertama di negara ini semalam bagi mengelak kejadian membuang bayi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berkata, selain pembukaan pusat sedemikian, perhatian juga perlu diberikan untuk menyedarkan remaja agar tidak terjebak dalam kegiatan zina dan buang bayi.

Menurutnya, usaha membanteras perbuatan tidak bermoral itu perlu dibuat untuk jangka panjang.

"Mereka yang membuang bayi perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak-pihak berwajib," katanya.

Utusan
29 Dis 2010

0 comments:

Post a Comment