August 14, 2010

Kerajaan diminta pantau bahasa Melayu media elektronik

BESUT 13 Ogos - Kerajaan hari ini diminta agar memantau penggunaan bahasa Melayu oleh media elektronik yang disifatkan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu (PPBMM) semakin merosot kualitinya.

Presidennya, Prof. Madya Dr. Hashim Othman berkata, pelbagai kesalahan bahasa yang berterusan dikesan dalam pelbagai program televisyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini.

"Tanpa tindakan pembetulan oleh pihak bertanggungjawab, pasti ia akan merendahkan mutu penggunaan bahasa Melayu itu sendiri kerana media elektronik mempunyai pengaruh besar terhadap perkembangan, pemantapan dan penghayatan bahasa Melayu,” katanya. - Bernama

13 Ogos 2010

1 comment:

  1. Pada pendapat saya bahasa juga berubah mengikut peredaran zaman samada dari segi percakapan atau ejaan.

    ReplyDelete