MELAKA 11 Julai - Kementerian Pertahanan akan menaik taraf 100 kem tentera melibatkan 5,000 unit perumahan anggotanya di seluruh negara melalui kerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia membabitkan perbelanjaan kira-kira RM33.5 bilion yang dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Menurutnya, projek tersebut dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.
''Projek menaik taraf kem-kem ini merupakan kesinambungan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan terdahulu yang mahu kebajikan angkatan tentera sentiasa terjaga," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di sini hari ini.
Utusan
11 Jul 2010
Buat duit dengan blog !
-
Relevan lagikah blog sekarang ni ? Sekarang ni, orang tengok video ! Buat
video lagi *masyuk* dan tinggi *engagement* ! Buat video lagi puashati.
Lagi ...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment