July 12, 2010

Isteri M. Jamil meninggal akibat kanser


SUBANG JAYA 11 Julai - Menantu pelakon wanita veteran popular, Datuk Sarimah Ahmad meninggal dunia hari ini akibat kanser payu dara.

Siti Rohani Wahid (gambar), 53, yang juga isteri kepada pengarah, M. Jamil, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya.

Menurut suaminya, M. Jamil, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ 22 Subang Jaya sejurus selepas solat Zuhur.

"Arwah merupakan seorang isteri yang cukup sempurna dan sukar dicari ganti.

"Arwah juga melakukan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan cukup baik daripada aspek mendidik anak-anak hinggalah menjaga makan minum kami sekeluarga," katanya yang telah 23 tahun mendirikan rumah tangga bersama arwah.

Utusan
11 Jul 2010

0 comments:

Post a Comment