June 18, 2010

Hasil ternakan lumayan

KUKUP - Ternakan ikan sangkar di sini menghasilkan pulangan lumayan dengan jumlah urus niaga kira-kira RM25 juta setahun.

Ketua Jabatan Perikanan Daerah Pontian, Md Sidek Adnan berkata, ternakan ikan sangkar di sini mendapat permintaan tinggi luar negara terutamanya daripada Singapura dan Hong Kong

“Pada masa ini, penternak ikan sangkar berupaya mengeksport ikan lebih RM25 juta setahun ke dua buah negara iaitu Singapura dan Hong Kong.

“Ikan-ikan dieksport ke Singapura menggunakan lori manakala bagi pasaran Hong Kong, pengimport akan datang mengambil sendiri menggunakan kapal setiap enam bulan,” katanya.

Menurutnya, pengimport Hong Kong akan mengaut kesemua ikan di sangkar tanpa mengirakan saiz.

Antara ikan sangkar di Mukim Air Masin dan Mukin Kukup yang menjadi pilihan pengimport adalah kerapu dan siakap.

“Sungguhpun menternak ikan dalam sangkar memerlukan kos yang tinggi, namun ia juga memberi keuntungan tinggi dalam jangka masa panjang,” katanya.

Katanya, Jabatan Perikanan juga telah mengeluarkan lesen kepada lebih 200 sangkar yang telah dimajukan.

Sinar Harian
18 Jun 2010

0 comments:

Post a Comment