May 5, 2016

Tiga keluarga hilang tempat tinggal

RUMAH yang musnah dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba

Amrullah Abdul Karim
am@hmetro.com.my

Kuala Kubu Bharu: Rumah dihuni tiga keluarga di Kampung Pasir Tambahan, Hulu Yam di sini musnah dalam kebakaran, 3.40 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan bagaimanapun berkata, kebakaran itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

"Terdapat tiga pintu di rumah itu yang disewakan kepada tiga keluarga.

"Pusat sehenti pasca insiden diwujudkan bagi menyelaras dokumentasi dan memudahkan pelbagai agensi menyalurkan bantuan kepada mangsa," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

myMetro 3 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment