May 5, 2016

Kepala hampir berkecai

ANGGOTA polis membuat siasatan. FOTO Zulaikha Zainuzman

Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

Juru: Kepala lelaki Myanmar hampir berkecai ditetak parang oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian bunuh di rumah kongsi dalam kebun cili di Juru Estate, di sini, 5 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, itu mangsa, 20-an, maut manakala seorang lagi rakan senegaranya parah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, mangsa maut akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Katanya, mangsa tinggal di situ bersama rakannya sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang kemudian menetak mangsa.

Beliau berkata, rakannya yang parah dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) selain pihaknya menjumpai dua parang sepanjang 40 sentimeter di lokasi kejadian.

Menurutnya, motif kejadian masih belum dapat dipastikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

myMetro 3 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment