May 5, 2016

Gadis mati disyaki didera keluarga

Gadis berusia 22 tahun yang kematiannya disyaki ada usur penderaan menyebabkan polis menahan keluarganya hari ini. - Foto SHAMSUDIN HUSIN.

Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my

Chukai: Polis menahan empat sekeluarga kerana disyaki mendera seorang gadis berusia 22 tahun di Kampung Binjai yang disyaki sebagai punca kematian gadis itu.

Difahamkan, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan gigitan pada badan selain mata lebam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mereka yang ditahan ialah bapa gadis itu yang berusia 49 tahun, ibu tirinya berumur 35 tahun, adik perempuan berusia 21 tahun dan adik lelaki mangsa berusia 14 tahun.

"Selepas menerima laporan dibuat bapa mangsa mengenai kematian anaknya akibat sakit biasa pada 26 April lalu, polis ke rumah bapa mangsa di Kampung Binjai dan hasil pemeriksaan polis mendapati ada unsur penderaan.

"Hasil pemeriksaan, polis juga mendapati keadaan fizikal gadis terbabit terlalu kurus seolah-olah kebulur tidak cukup makan selain ada beberapa kesan gigitan pada badan serta matanya lebam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini.

myMetro 2 Mei 2016


Gadis maut akibat didera

KEMAMAN – Punca kematian seorang gadis berusia 22 tahun yang memiliki berat badan cuma 18 kilogram pada 26 April lalu akhirnya terbongkar apabila mangsa dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh keluarganya di Kampung Batu 5, Binjai di sini.

Susulan itu, bapa kandung mangsa yang merupakan seorang mekanik berusia 49 tahun, ibu tirinya, 35, serta kedua-dua adik mangsa telah ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd. Said Ibrahim berkata, sebelum ini, bapa gadis malang itu telah memaklumkan anaknya dikenali sebagai Siti Hajar yang dalam keadaan kurus kering telah meninggal dunia akibat demam panas.

“Pada mulanya, kematian gadis itu telah diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun pemeriksaan terhadap mayat mangsa telah menimbulkan syak.

“Sehubungan itu, polis me minta agar bedah siasat dijalankan terhadap mayat mang sa di Unit Forensik Hospital Kemaman,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini semalam.

Menurut Mohd. Said, dua bedah siasat yang dilakukan menunjukkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami kebuluran dan jangkitan kuman.

Malah katanya, sebahagian besar tubuh gadis malang itu juga mempunyai kesan gigitan manusia selain banyak kecederaan lain termasuk lebam pada mata.

“Ujian perubatan gigi juga akan dijalankan terhadap kesemua suspek dengan bantuan pakar pergigian dalam masa terdekat dan kes itu kini dikla sifikasikan sebagai kes bunuh,” katanya.

Mohd. Said turut meminta orang awam terutama jiran yang mempunyai maklumat tentang kes melibatkan mangsa tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Lokman Nor Hakim menerusi talian 017-2344 542 atau 09-8591222.

Kosmo 3 Mei 2016


Gadis mangsa dera kebuluran, hanya 18 kg

Kemaman: Laporan bedah siasat menunjukkan gadis berusia 22 tahun yang disyaki didera keluarganya hingga meninggal dunia 26 April lalu, kebuluran, ada kesan gigitan manusia pada tubuh serta kesan kemasukan pada kemaluan depan dan belakang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, bedah siasat di Hospital Kemaman mendapati dia mengalami jangkitan kuman.

"Kita percaya mangsa tidak diberi makan sehingga kebuluran dalam tempoh tiga minggu hinggakan gadis malang itu hanya seberat 18 kilogram.

“Sebahagian besar tubuh mangsa ada kesan gigitan manusia, serta kecederaan lain termasuk lebam di mata," katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata polis percaya ada unsur jenayah dalam kematian gadis malang itu.

Mohd Said berkata, pada peringkat awal polis mengklasifikasikan kematian gadis itu sebagai kes mati mengejut tapi selepas pemeriksaan awal, ada beberapa perkara mendatangkan syak.

"Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, bapa gadis itu membuat laporan kepada polis mengenai kematian mangsa pada 26 April dengan memaklumkan anaknya meninggal dunia di rumah kerana demam panas.

Susulan itu, Mohd Said berkata polis menahan bapa mangsa yang berusia 49 tahun, ibu tirinya berumur 35 tahun dan kedua-dua adik mangsa berumur 21 dan 14 tahun, kira-kira 11.50 pagi Ahad lalu.

mereka ditahan reman tujuh hari bermula Isnin lalu untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kemaman, 30 April lalu.

Mohd Said berkata semalam pihak polis turut melakukan ujian gigi ke atas anggota keluarga mangsa bagi mengenal pasti kesan gigitan pada tubuh mangsa.

myMetro 4 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment