May 5, 2016

Betis jadi hitam akibat salah suntik

Norhayati menunjukkan kesan pembedahan pada kaki kanan Muhammad Fierazs ketika ditemui di Kampung Sukamari, Pendang semalam.

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS

PENDANG – Seorang ibu muda berendam air mata sejak dua bulan lalu selepas betis kanan bayi lelakinya bertukar kehitam-hitaman dipercayai akibat tersalah suntikan oleh pegawai perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Mac lepas.

Norhayati Md. Ibrahim, 28, mendakwa, bayinya, Muhammad Fierazs Asraf Mohd. Faizol yang kini berusia lima bulan dima­sukkan ke wad hospital kerajaan itu kerana me­ngalami batuk dan asma pada 1 Mac lalu.

“Pada hari sama, anak saya disuntik pada kaki untuk diambil darah dan memasukkan air.

“Namun keesokan hari­nya, betis kanan anak saya membengkak dan mempunyai banyak gelembung air.

“Anak saya kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital sama dengan daging pada betis mula bertukar kehitam-hitaman kira-kira dua minggu kemudian,” dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sukamari di sini semalam.

Kosmo 3 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment