Dalam kejadian kira-kira pukul 7.00 pagi itu, Nurul Nasihah Abd Ghani, 20, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Mohd Fitri Jasni, 19, kritikal.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew berkata motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang Mohd Fitri agak laju sehingga menyebabkannya merempuh bahagian tepi sebelah kiri belakang lori treler itu.
"Berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai cuba melakukan brek kecemasan dari jarak 10 meter sebelum merempuh belakang treler berkenaan menyebabkan mangsa terperosok ke bawah kenderaan itu manakala pembonceng wanita maut di tempat kejadian.
"Mangsa wanita dibawa ke bilik mayat untuk bedah siasat manakala rakan lelakinya masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar," katanya.
Wari berkata, pemilik lori treler berkenaan sudah dipanggil untuk membantu siasatan kerana melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak dibenarkan. - Bernama
27 Mac 2016
0 comments:
Post a Comment