April 6, 2016

Meracau sambil pegang pisau

TAIPING – Seorang wanita terpaksa meminta bantuan polis bagi menenangkan anak perempuannya yang secara tiba-tiba meracau sambil memegang pisau di Kampung Larut Tin Sambungan, Pokok Assam, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang, gadis berusia 23 tahun itu dipercayai mengalami masalah mental akibat tidak mengambil ubat sejak beberapa minggu lalu.

Ahli keluarganya yang gagal memujuk gadis berkenaan bertindak menghubungi polis bagi membantu menenangkannya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, setibanya anggota di lokasi kejadian, mangsa dalam keadaan meracau dan memegang pisau mengugut mahu mencederakan dirinya di sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Polis berjaya menahan mangsa tanpa berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

"Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan dibawa ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi, Mohd Hisham Osman berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk mangsa melepaskan senjata berkenaan dan bertindak menangkap mangsa dari belakang serta merampas senjata yang dipegangnya,” katanya.

Sinar Harian 28 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment