March 13, 2016

Lelaki tersepit lori dipandu terbabas

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam lori yang terbabas di Lebuhraya Utara Selatan, Kuala Kangsar.

IPOH – Seorang lelaki cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas di Kilometer 255.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) di Kuala Kangsar, kelmarin.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.56 malam.

“Jentera dan anggota bergegas ke tempat kejadian dan mendapati sebuah lori terbabas di bahu jalan sebelah kiri dan menyebabkan seorang lelaki cedera setelah kakinya tersepit.

“Kami membantu mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan kemudian menyerahkan mangsa kepada ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sinar Harian 12 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment