March 11, 2016

Ceti hantar samseng

Shah Alam: Akibat gagal melunaskan hutang ceti haram, premis perniagaan seorang lelaki lingkungan 40-an menjadi sasaran amukan sekumpulan samseng dalam kejadian di Taman Perindustrian Shah Alam, di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, ketika kejadian jam 2.30 petang, mangsa bersama seorang lagi pekerja berada di dalam pejabat sebelum empat lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan tukul dan parang tiba-tiba datang dan memecahkan cermin premisnya.

Mereka juga sempat merosakkan beberapa kenderaan yang diletakkan di ruang parkir di bawah premis berkenaan sebelum meninggalkan lokasi itu dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis pada petang hari berkenaan kerana bimbangkan keselamatan diri dan pekerja jika suspek kembali semula.

Menurutnya, mangsa dan pekerjanya tidak mengalami sebarang kecederaan berikutan kejadian berkenaan.

myMetro 11 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment