February 3, 2016

Warga emas maut kereta langgar bas


KEADAAN kereta dipandu mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan bas. FOTO Mohd Shafik Zainol Abidin

Alor Gajah: Warga emas lelaki berusia 69 tahun maut selepas kereta dipandu bertembung bas di Jalan Lubuk Cina, Kampung Sungai Siput, Masjid Tanah,, 7 pagi tadi.

Ketika kejadian mangsa, Abidin Kadir datang dari arah Lubuk Cina, sebelum hilang kawalan dan bertembung dengan bas dari arah bertentangan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Pegawai Bomba Abdullah Jaafar berkata, enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.

"Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu akibat Proton Wira itu yang remuk teruk pada bahagaian hadapan.

"Kami mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang ketika itu sudah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan maut itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 2 Feb 2016


0 comments:

Post a Comment