February 3, 2016

Wanita cari waris anak angkat

Muhamad Nurfauzan

PORT DICKSON - Seorang wanita merayu bantuan orang ramai bagi mencari waris anak angkat lelakinya, Muhamad Nurfauzan, 4, yang dipelihara sejak 2012.

Fauziah Sohod, 37, berkata, Muhamad Nurfauzan diserahkan kepadanya oleh ibu kandungnya sehari selepas kanak-kanak itu dilahirkan di Seremban.

“Ibu kandung kanak-kanak ini bernama Zamzahura Mohd Puad berusia lewat 20-an dan kalau tak silap, dia orang Sarawak.

“Pada awalnya memang saya dan Zamzahura ada mengisi dokumen proses mengambil anak angkat secara bersama, namun pada peringkat akhir dokumen tersebut ada sedikit masalah, dan ketika itu Zamzahura sudah tidak dapat di kesan lagi,” katanya di sini, semalam.

Menurut Fauziah, dia mencari waris Muhammad Zulhaiqal bagi tujuan mendapatkan dokumentasi supaya dapat menjadi penjaga yang sah di sisi undang-undang.

"Saya kini sedang menguruskan semula dokumen mengambil Muhammad Nurfauzan sebagai anak angkat secara sah dan bagi melengkapkan dokumen, maklumat waris anaknya itu diperlukan.

"Muhammad Nurfauzan kini sudah belajar di tadika dan saya berharap orang ramai yang mengenali ibu atau warisnya supaya menghubungi saya di talian 012-6204857 dengan segera,” katanya.

Sinar Harian 3 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment