February 2, 2016

Janda ugut teman lelaki ditahan

JEMPOL – Seorang lelaki yang merupakan suami orang bukan sahaja cedera dibelasah, malah dibogel dan diugut supaya menye­rahkan wang RM5,000 oleh teman wanitanya yang juga janda anak sembilan Sabtu lalu.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah malam itu berlaku apabila wa­nita berusia 33 tahun tersebut menghubungi mangsa dan meminta lelaki itu datang berjumpanya di sebuah stesen minyak dekat Mahsan di sini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 48 tahun yang tiba di stesen minyak berkenaan kemudian membonceng teman wanita­nya ke sebuah taman perumahan berhampiran.

Kosmo 2 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment