February 19, 2016

Hentak kepala rakan dengan pengunci stereng

Mangsa menerima empat jahitan akibat dihentak dengan pengunci stereng. FOTO Nabihah Kamal

Kuala Lumpur: Pelajar tingkatan lima dihentak dengan pengunci stereng oleh rakan sekelasnya di depan sekolah di Kepong di sini, sehingga menerima empat jahitan di kepala, semalam.

Menurut mangsa yang enggan dikenali, kejadian pada 1.10 tengah hari itu berpunca daripada permintaannya yang menyuruh rakannya itu mengambil buku menyebabkan dia tiba-tiba berang.

“Rakan saya tidak berpuas hati dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum menyerang saya dengan pengunci stereng sebaik selesai sesi persekolahan di luar sekolah,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa yang cedera di kepala dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Katanya, mangsa membuat laporan polis selepas dirawat.

"Susulan itu, polis menahan rakan mangsa yang berusia 17 tahun berhampiran stesen minyak di Jalan Besar Kepong pada 5.30 petang semalam dan dibawa ke balai polis untuk siasatan, " katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

myMetro 18 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment