February 8, 2016

Anggota FRU maut kemalangan

Kuala Lumpur: Anggota polis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 9.2 Lebuhraya Besraya, malam tadi.

Difahamkan, Koperal R Ramaru, 49, ketika itu dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke pusat bandar pada jam 8.22 malam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumput, Deputi Superintendan S Markandan, berkata setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang Honda EX5 dipercayai terbabas.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik yang hadir untuk memberi bantuan.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

myMetro 7 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment