January 27, 2016

Mujur sempat keluar

FOTO Shamsudin Husin

Chukai: Empat sekeluarga nyaris terperangkap apabila kereta dinaiki mereka terbakar secara tiba-tiba di Kilometer 298.3 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di Kijal, di sini, 2.50 petang tadi.

Dalam kejadian itu, Syed Mazlan Afandi tuan Long, 62, yang memandu kereta Citreon dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan bersama isteri dan dua anaknya.

Bagaimanapun, kenderaan mereka itu terhenti secara tiba-tiba sebelum api mula memercik dan terbakar keseluruhannya.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kenderaan mangsa didapati terhenti di lorong kecemasan lebuh raya terbabit lalu terbakar serta musnah keseluruhannya.

Menurutnya, keluarga berkenaan yang berasal dari Kampung Aur di Chendering kemudiannya dibantu anggota peronda lebuh raya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.

myMetro 24 January 2016



0 comments:

Post a Comment