January 21, 2016

Kemaluan putus dipotong isteri

Jempol: Seorang isteri nekad memotong kemaluan suami warga Pakistan menggunakan pisau cukur hingga putus selepas tidak tahan mengikut kehendak lelaki itu yang sering meminta melakukan aksi ganas di rumah di Batu Kikir, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa berusia 44 tahun mengalami pendarahan teruk sebelum bergegas ke Balai Polis Batu Kikir bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di rumahnya.

"Wanita itu secara perlahan-lahan menanggalkan seluar suaminya, lalu memotong kemaluan menggunakan pisau cukur menyebabkan lelaki itu meraung kesakitan.

"Suaminya bekerja sebagai peniaga melarikan diri ke Balai Polis Batu Kikir, kira-kira 1.55 pagi.

"Anggota polis terkejut dengan kedatangan mangsa dalam keadaan berlumuran darah segera menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan.

"Bahagian kemaluan yang dipotong tertinggal di rumah juga diambil untuk dibawa ke hospital bagi proses penyambungan semua," katanya

Katanya, mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan setakat ini, keadaannya dilaporkan stabil.

"Polis menahan isteri mangsa dan menemui pisau cukur yang digunakan dalam kejadian itu," katanya.

myMetro 20 Jan 2016


Potong 'anu' suami, berang diajak 'bersama' cara kasar

JEMPOL - Akibat berang dengan perangai suaminya yang selalu mendesak melakukan hubungan seks secara kasar, seorang isteri nekad memotong kemaluan suaminya ketika sedang tidur.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 44 tahun merupakan seorang warga negara Pakistan mengalami pendarahan selepas kemaluannya dipotong dengan mata pisau cukur.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor  berkata, melalui siasatan awal yang dijalankan, kejadian dipercayai berpunca daripada sikap suami yang suka mendesak isterinya, melakukan hubungan seks secara kasar.

Katanya, sebelum kejadian, berlaku pertelingkahan antara mereka sehingga menyebabkan isterinya yang berusi 51 tahun itu dipukul kerana enggan mengikut kemahuan suami.

"Semasa suami sedang tidur, isterinya mengambil sebilah pisau cukur kemudian memotong bahagian sulit suaminya.

"Dalam keadaan berdarah, lelaki itu kemudiannya menuju ke Balai Polis Batu Kikir untuk meminta bantuan.

"Dia kemudiannya di bawa ke Hospital Jempol, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk penyambungan semula kemaluan yang telah dipotong," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Kata Zainy, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan pihaknya telah merakam percakapan mereka  untuk tindakan susulan.

"Isteri mangsa dibawa ke Mahkamah Majisteret Jempol untuk mendapatkan perintah reman," katanya.

Kes akan disiasat mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan.

Sinar Harian 20 Januari 2016


Potong 'anu': Suspek akui masih sayang suami

JEMPOL - Wanita yang memotong kemaluan suaminya dalam kejadian awal pagi semalam mengakui masih menyayangi suaminya itu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal turut mendapati terdapat kesan lebam di badan suspek.

"Suspek yang berumur 51 tahun masih ditahan reman bermula Rabu sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan terhadap kes ini.

"Manakala keadaan mangsa stabil dan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur tetapi alat sulitnya belum diketahui berfungsi ataupun sebaliknya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang wanita berang dengan perangai suaminya yang selalu mendesak melakukan hubungan seks secara kasar nekad memotong kemaluan lelaki itu ketika sedang tidur.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 44 tahun merupakan seorang warga negara Pakistan mengalami pendarahan selepas kemaluannya dipotong dengan mata pisau cukur.

Sinar Harian 21 Jan 2016


Tukar pengakuan

Kuala Pilah: Wanita yang didakwa memotong kemaluan suaminya menukar pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan itu di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Pada 28 Januari lalu, tertuduh Fatimah Abdullah, 51, mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM5,000 sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan sebutan semula yang ditetapkan hari ini.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Umar Rahman, 44, dengan menggunakan pisau yang berkemungkinan boleh mendatangkan kematian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Nabilah Mohamed Zanudin manakala tertuduh diwakili peguam J Gunamalar, Parmjit Singh dan Shamsher Singh.

Hakim Sazlina Safie menetapkan 11 April depan untuk sebutan semula kes.

myMetro 22 Februari 2016


'Saya okay, 'anu' berjaya disambung'

Kuala Lumpur: “Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sakit yang teramat sangat di kemaluan dan melihat banyak darah.

“Saya segera hubungi anak saudara dan kami ke balai polis berhampiran. Anggota polis kemudian menghantar saya ke hospital (Jempol) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” kata peniaga kain warga Pakistan berusia 42 tahun yang menanggung sengsara hilang ‘anu’ lebih 24 jam.

Kemaluan lelaki itu dipotong sehingga putus oleh isteri keduanya warga tempatan berusia 51 tahun menggunakan pisau cukur dalam kejadian di rumahnya di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, Jempol, 1.40 pagi semalam.

Menurut lelaki yang menetap di negara ini sejak 2004, dia berjalan dalam keadaan darah menetes dan ketika itu isterinya hanya melihat saja.

Katanya, dalam keadaan panik, bahagian kemaluan yang putus itu tertinggal di rumahnya, sebelum diambil anggota polis untuk dibawa ke hospital bagi proses penyambungan semula dan dia dalam keadaan sedar sebelum dibedah selama 15 jam.

"Saya masuk ke bilik pembedahan di HKL pada 12.30 tengah hari dan sedar selepas pembedahan itu selesai.

"Alhamdulillah, saya okay selepas bedah. Kemaluan berjaya disambung semula," katanya ketika ditemui Harian Metro, petang tadi.

Hari ini, akhbar melaporkan isteri lelaki itu dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak tahan sering dijadikan mangsa keganasan seks oleh suaminya.

Mengimbas kembali beberapa jam sebelum kejadian, lelaki itu berkata, isterinya enggan tidur di bilik yang sama dengannya.

"Saya tidur sebentar dan bila saya terbangun, saya lihat dia duduk di luar.

"Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya," katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya tidur sebelum kemaluannya dipotong.

Katanya, dia bercadang menceraikan isteri keduanya itu yang dikahwini sejak dua tahun lalu apabila dia sihat nanti.

"Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol.

"Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya," katanya yang mempunyai tiga anak dengan isteri pertama.

Katanya, dia mengahwini isteri keduanya selepas berkenalan ketika berniaga kain di sekitar bandar Jempol.

“Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.

“Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki itu mendakwa, kehidupan berumah tangga yang dilaluinya hanya indah selama dua bulan sebelum rumah tangga mereka bermasalah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan selama 15 jam.

"Dia menjalani pembedahan selama 15 jam dan keadaannya stabil. Saya difahamkan oleh pihak hospital (kemaluannya) berjaya disambung.

“Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kita akan lengkapkan siasatan untuk pendakwaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam.

myMetro 21 Januari 2016

0 comments:

Post a Comment