January 18, 2016

Kelindan maut tersepit

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba

Alor Gajah: Kelindan lori maut dalam kemalangan membabitkan lori dan treler di Kilometer 214 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi itu, mangsa yang juga warganegara Nepal, Surendra, 31, maut di tempat kejadian manakala pemandu lori dan seorang lagi kelindan parah akibat tersepit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Dzulkarnain Abd Halim berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.17 pagi dua jentera bomba dan sebuah ambulans EMRS bersama 14 anggota termasuk seorang pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba kami mendapati tiga mangsa lelaki tersepit di bahagian tempat duduk selepas lori muatan telur dinaiki mereka melekat di bahagian belakang treler.

"Bomba mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang maut kerana keadaan lori yang remuk manakala dua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk dirawat. Mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik hospital sama," katanya.

myMetro 17 Jan 2016




0 comments:

Post a Comment