December 21, 2015

Tragedi tahan lori


Yan: Lelaki berusia 33 tahun maut dihimpit lori dan tersepit di pokok pinang selepas cuba menahan lori dipandu yang tiba-tiba bergerak ketika diparkir di tepi jalan di Jalan Perigi, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 1 pagi itu, mangsa, Mohd Zaifulzahri Zainol, 33, menghantar lori milik majikannya dan memberhentikan lori dalam keadaan enjin masih hidup di tepi jalan di rumah majikannya itu.

Ketua Polis Daerah Yan Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, mangsa kemudian ke garaj kenderaan di rumah majikannya untuk mengalihkan motosikalnya.

Katanya, ketika dalam perjalanan ke arah lori untuk memasukkan kenderaan itu ke dalam garaj, lori bergerak menyebabkan dia panik dan cuba menahan namun gagal sebelum dihimpit lori dan tersepit di pokok pinang.

“Majikan mangsa yang terdengar bunyi bising di luar rumah kemudian keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum terkejut melihat pekerjanya tidak sedarkan diri dan tersepit.

“Dia menghubungi polis dan sebaik polis tiba, mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk dibedah siasat sebelum jenazahnya dituntut ahli keluarganya.

myMetro 17 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment