December 6, 2015

Remaja terkejut jumpa janin terapung bersama kayu

JANIN dijumpai terapung bersama kayu hanyut berdekatan jeti bot di Kampung Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, kelmarin.

TUMPAT 4 Dis. – Seorang remaja berusia 13 tahun terkejut apabila menemukan janin yang cukup sifat terapung bersama kayu hanyut berdekatan jeti bot di Kampung Pasir Pekan dekat sini semalam.

Wan Mohd. Aidil Hakim Wan Mohd. Soghir menemukan janin bayi perempuan itu ketika sedang bermain di tebing Sungai Kelantan itu kira-kira pukul 4 petang.

Ketua Polis daerah, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan penemuan itu dan pihak tidak menolak kemungkinan janin dibuang ke dalam sungai bagi menyembunyikan kelahiran.Menurutnya, pasukan forensik telah dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut dan janin terbabit dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

“Janin itu adalah perempuan yang cukup sifatnya serta masih bertali pusat,” katanya.

Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang melahirkan bayi tidak cukup bulan itu.

Utusan 5 Dis 2015


Remaja jumpa janin terapung

WAN Mohd Aidil menunjukkan lokasi janin ditemui semalam. FOTO Siti Rohana Idris

Tumpat: Satu janin cukup sifat ditemui terapung di dalam sungai berhampiran jeti di Kampung Pasir Pekan di sini, semalam.

Dalam kejadian 4 petang itu, janin itu ditemui dalam keadaan tertiarap oleh Wan Mohd Aidil Hakim Mohd Soghir, 13.

Wan Mohd Aidil memaklumkan penemuan itu kepada ayahnya yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, janin itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

myMetro 4 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment