December 9, 2015

Maut ditetak tauke kedai

Anggota unit forensik polis mengumpul bukti di tempat kejadian. - Foto SHAMSUDIN HUSIN

Mayat lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk kedai barang lusuh di Kerteh, terbaring di tepi jalan, akibat ditetak pemilik kedai berkenaan. - Foto SHAMSUDIN HUSIN

Kerteh: Seorang daripada dua lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk kedai barang lusuh di Kampung Labohan, di sini, maut ditetak pemilik premis kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mangsa berusia 36 tahun dari Felda Kerteh 6 yang cedera parah di dada akibat ditetak pemilik kedai, meninggal dunia kira-kira 50 meter dari premis itu selepas rebah ketika cuba melarikan diri.

Rakannya pula berjaya melarikan diri apabila tindakan mereka mengumpil pintu premis barang lusuh berkenaan disedari pemilik kedai terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Normansah Din mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro 7 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment