December 28, 2015

Banjir di Terengganu

Pusat Pemindahan Bencana di Dewan Seri Puteh Kampung Tok Lawit. FOTO Rozainah Zakaria

Penduduk Kampung Kolam meninjau keadaan banjir di persekitaran desanya. FOTO Nazdy Harun

Jalan di Kampung Kepah menghala ke Kampung Jenagor, Hulu Terengganu, dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan. FOTO Rozainah Zakaria 

4WD meredah air di jalan Kampung Tengkawang, Hulu Terengganu berikutan hujan lebat. FOTORozainah Zakaria 

Mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Dewan Seri Puteh Tok Lawit, Senal Mamat, 63 yang mengalami sakit dada dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu dengan menaiki lori JPAM. FOTO Rozainah Zakaria

TINJAUAN banjir di Hulu Terengganu dan Kemaman yang mula dilanda banjir, hari ini, berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

myMetro 28 Dis 2015


Sungai Telemong, Sungai Tebak lepas paras bahaya


RUMAH di Kampung Kolam, Ajil, mula dinaiki air berikutan hujan lebat. FOTO Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Paras air Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu, ketika ini dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu 20.23 meter (paras bahaya 20 meter) berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Selain itu, Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman, juga dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu 18.51 meter (paras bahaya 18.50 meter).

Jurucakap bilik gerakan bencana negeri berkata, berkata, Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja dan Sungai Dungun di Kuala Jengal, Dungun turut menghampiri paras bahaya iaitu 36.07 meter (paras bahaya 37.50 meter) dan 20.43 meter (paras bahaya 21 meter).

Dalam pada itu, sehingga 1 tengah hari tadi, 27 mangsa daripada 10 keluarga di daerah Hulu Terengganu dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Jurucakap itu berkata, 10 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Kemat dipindahkan ke Balai Raya Kampung Kemat, Hulu Terengganu pada 10.15 pagi tadi.

Katanya, sebelum itu, 17 mangsa dari lima keluarga dari Kampung Tok Lawit dipindahkan ke Dewan Seri Putih, Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu 10.45 malam tadi.

myMetro 28 Disember 2015


249 mangsa banjir di tiga daerah Terengganu

AIR mula melintasi jalan di Kampung Padang Kubu, Kemaman, berikutan hujan lebat. FOTO ihsan Bomba

Kuala Terengganu: Seramai 249 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Banjir sehingga 6 petang ini membabitkan tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Kemaman dan Marang.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, beberapa kawasan penempatan penduduk dinaiki air dan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan akibat hujan.

"Sebanyak tiga pusat pemindahan dibuka di Kemaman iaitu Balai Raya JKKK Padang Kubu membabitkan 105 mangsa daripada 28 keluarga, Masjid Lama K ampung Padang Kubu (58 mangsa/13 keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Telok Kalong (sembilan mangsa/satu keluarga).

"Hulu Terengganu membabitkan dua pusat pemindahan iaitu Dewan Sivik Seri Putih di Kampung Tok Lawit (34 mangsa/15 keluarga) dan Balairaya Kampung Kemat (35 mangsa/13 keluarga)," katanya.

Menurutnya, sebuah pusat pemindahan dibuka di Marang iaitu Dewan Sivik Pekan Wakaf Tapai dengan jumlah mangsa seramai lapan orang daripada dua keluarga.

myMetro 28 Disember 2015


230 penduduk diminta berpindah

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat warga emas Juwari Ali, 88, yang mengidap penyakit angin ahmar untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Bencana di Dewan Sivik Sri Putih Kampung Tok Lawit. FOTO Bernama

Hulu Terengganu: Seramai 230 penduduk daripada 77 keluarga di kampung Tok lawit, di sini bersedia untuk berpindah berikutan air naik secara mendadak.

Dijangkakan lewat petang ini semua mereka akan melaporkan diri di Dewan Sivik Sri Puteh, Tok Lawit.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) negeri mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya mematuhi arahan berpindah dikeluarkan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Pengarahnya, Azlimin Mat Noor berkata, peringatan dikeluarkan berikutan keadaan banjir yang mula melanda beberapa daerah ini bermula tengah malam tadi.

"Kita menasihatkan penduduk terutama yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai mematuhi arahan berpindah dikeluarkan pihak keselamatan kerana apabila arahan dikeluarkan bermakna kawasan berkenaan tidak selamat untuk diduduki," katanya pada sidang media ketika meninjau pusat pemindahan Dewan Sivik Kampung Tok Lawit, di sini, hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa juga dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak-anak dan melarang bermain air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

myMetro 28 Disember 2015





0 comments:

Post a Comment