November 7, 2015

Warga emas dibunuh lepas disamun

ARITA menunjukkan lokasi mayat ibunya, Bedah (gambar kecil) ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bahagian dapur rumah warga emas berkenaan di Felda Kemasul, Bentong kelmarin.

BENTONG – Seorang anak tidak menyangka ibunya yang merupakan warga emas menemui ajal akibat dibunuh dalam tempoh hanya seminggu selepas tinggal bersendirian di rumahnya di Felda Kemasul dekat sini kelmarin,

Mangsa, Bedah Said, 65, ditemui mati kira-kira pukul 7 pagi di dapur kediamannya sini dipercayai akibat dibunuh dalam satu kejadian samun.

Mayat mangsa ditemui oleh seorang jirannya yang curiga selepas mendapati pintu pagar rumah mangsa hanya dibuka separuh selain lampu rumah dibiarkan terpasang dan tidak ditutup.

Anak sulung mangsa, Arita Ibrahim, 45, berkata, selepas ayahnya meninggal dunia pada bulan Mac lalu, ibunya jarang tinggal bersendirian di kampung sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa tinggal bersama anak-anak dan kaum keluarga terdekat di Johor dan sekitar Lembah Klang.

Jelas Arita yang juga merupakan anak sulung mangsa, ibunya sempat tinggal bersama keempat-empat anaknya di Balakong dan Kajang, Selangor serta Nilai, Negeri Sembilan sebelum dia meninggalkan ibunya di kampung pada hari Khamis minggu lalu.

Kosmo 7 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment