November 14, 2015

Lelaki maut nahas jalan raya


Mangsa dikatakan telah terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah lori rosak yang berhenti di kaki lima jalan. Gambar kecil: Chuan Kit

BENTONG - Seorang penunggang motosikal maut terlibat dalam kejadian kemalangan yang berlaku di Kilometer 3, Jalan Lama Bentong-Gombak berhampiran Kampung Gementi, kelmarin.

Mangsa, Chooi Chuan Kit, 22, dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bentong.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, kejadian tersebut dianggarkan berlaku sekitar jam 10.30 malam.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi mangsa telah terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah lori yang terletak di kaki lima jalan terbabit.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan telah terbabas lalu melanggar lori yang berhenti di kaki lima jalan kerana mengalami kerosakan pam bahan api. Ketika kejadian mangsa didapati tidak memakai topi keledar dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambahnya, mangsa ke di bawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat . Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat  kecederaan teruk di kepala.

“Siasatan masih lagi diteruskan. Kes di siasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Sekali gus memberitahu, mangsa berasal dari Kampung Gementi dan bekerja sendiri.

Sinar Harian 12 Nov 2015

0 comments:

Post a Comment