October 28, 2015

Jumpa mayat rakan lemas

ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa. FOTO Noor Hidayah Tanzizi

Pantai Remis: Seorang lelaki ditemui lemas kira-kira satu kilometer dari tebing Sungai Bagan Panchor, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10 malam itu, mangsa Roslizan Marzuki, 37, dikatakan terjatuh ke dalam sungai dan mayatnya ditemui nelayan yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.20 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, operasi mencari bermula di Kuala Sungai Panchor sebelum nelayan juga dipercayai rakan mangsa dan anggota bomba menemui mangsa di dalam sungai dan sudah meninggal dunia.

"Ketika operasi dilakukan air sungai surut dan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap selepas lebih sejam operasi dijalankan.

"Operasi turut dibantu empat anggota polis dan 20 nelayan sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

myMetro 28 Oktober 2015

0 comments:

Post a Comment