September 15, 2015

‘Mak cik bukan nak duit’

ZAHRAH berada di luar rumah sewanya.

Kuala Lumpur: “Mak cik bukan nak wang ringgit, tetapi cukup jika ada yang sudi menyewakan rumah kepada mak cik,” rayu warga emas Zahrah @ Siti Zahrah Othman, 77, dari Kampung Baru, di sini.

Zahrah ketika ditemui mendakwa sudah lebih seminggu menumpang teduh di luar rumah disewa sejak 45 tahun lalu selepas diminta keluar pemilik minggu lalu.

Katanya, kesukaran mendapat rumah sewa dengan harga sesuai menyebabkan dia mengambil keputusan tinggal bersama peralatan yang dikeluarkan.

“Mak cik tidak tahu nak buat apa lagi, mak cik terpaksa menumpang teduh di luar rumah sewa ini biarpun keadaan tidak selesa.

“Dengan kesihatan yang semakin uzur, payah mak cik nak keluar mencari rumah sewa di luar kawasan ini,” katanya.

myMetro 15 Sep 2015




0 comments:

Post a Comment