September 15, 2015

Cari 30 kru bot nelayan dilanggar

PETA menunjukkan lokasi kejadian di 60 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Kuantan: Kapal muatan pasir, MV Venus melanggar bot nelayan tempatan dipercayai membawa 30 kru kira-kira 60 batu nautika dari Kuala Terengganu, 10.20 pagi semalam.

Bagaimanapun, nasib kru bot nelayan itu masih belum diketahui setakat ini.

Pengarah Operasi Agensi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur, Laksamana Maritim Yusof Ali berkata, pihaknya sudah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR), 11.45 malam tadi selepas menerima e-mel daripada MV Venus pada 11 malam.

Beliau berkata, KM Sebatik dan bot pengawal sudah dihantar ke lokasi kejadian.

"Maklumat awal yang kita peroleh bahawa semua kru yang dipercayai warga Thailand diselamatkan oleh bot nelayan lain.

"Bagaimanapun, kita masih tidak dapat mengesahkan perkara ini sehingga aset kita sampai di lokasi kejadian" katanya.

myMetro 15 September 2015

0 comments:

Post a Comment