June 28, 2015

Lemas motosikal terbabas dalam tali air

Mangsa lemas dalam tali air. FOTO ihsan pembaca

Permatang Pauh: Lelaki berusia 42 tahun ditemui lemas dalam tali air selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Permatang Nibong, Kubang Semang, di sini, 6.45 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Zuraidi Zakariah dari Kubang Semang dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Bandar Perda, di sini.

Difahamkan, ketika melalui jalan itu, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke dalam tali air.

Sumber polis berkata , jalan batu kerikil itu berbahaya kepada penunggang motosikal yang melaluinya ketika gelap kerana banyak lubang.

Katanya, hasil bedah siasat, mangsa meninggal dunia akibat lemas.

myMetro 16 Jun 2015



0 comments:

Post a Comment