June 28, 2015

Jumpa di dasar sungai

Anggota bomba dan JPAM mengusung mayat mangsa. Mangsa diangkat selepas ditemui di dasar sungai. FOTO Rahmat Othman

Jerlun: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Sanglang, dekat sini, malam semalam ditemui pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 25 tahun itu ditemui kira-kira 11 pagi di dasar sungai berkenaan oleh pasukan penyelam dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Difahamkan, mangsa terjun ke sungai berkenaan selepas sepasukan anggota polis melakukan serbuan di lokasi perjudian berhampiran.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra Suffian Hassan berkata, operasi mencari mangsa lemas berkenaan yang disambung semula 8 pagi tadi ditamatkan sejurus mayat mangsa ditemui.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jitra bersama sebuah jentera dan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) berada di lokasi sejak malam tadi sejurus menerima laporan berhubung kejadian lemas pada 7.35 malam semalam.

"Operasi mencari dan menyelamat di permukaan air menggunakan sebuah bot aluminium milik bomba dilakukan sejak malam tadi dan dihentikan sementara sehingga disambung pagi tadi.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk tindakan lanjut, " katanya.

myMetro 16 Jun 2015

0 comments:

Post a Comment