May 26, 2015

Warga emas maut rempuh lori diparkir atas bahu jalan

TERBABAS: Biji sawit bertaburan di tepi jalan raya di Bulatan Jalan Wawasan.

SIBU: Seorang warga emas, 79, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya merempuh ba-hagian belakang lori diparkir atas bahu jalan di Batu 49, Jalan Oya dekat sini pagi semalam.

Mangsa dipercayai merempuh bahagian belakang lori selepas tidak menyedari lori tersebut tidak bergerak dan parkir di situ dalam kejadian sekitar jam 10.45 pagi itu.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala mati di tempat kejadian.

Ambulans kemudian dikerahkan ke lokasi insiden dan paramediks mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa ketika pemeriksaan dilakukan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Bilik Mayat Hospital Sibu sejurus selepas itu.

Sementara itu dalam kes berasingan, sebuah lori membawa muatan biji kelapa sawit terbabas dan terbalik di bulatan Jalan Wawasan pagi semalam.

Lori itu membawa muatan sebanyak 19 tan biji kelapa sawit dikatakan dalam perjalanan menuju pelabuhan di Sungai Bidut dari sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Rantau Panjang sebelum penghantaran akhir ke Kuala Lumpur.

Lori berkenaan dipercayai tergelincir dan pemandunya hilang kawalan menyebabkan ia terbabas dan terbalik sehingga menyebabkan biji-biji kelapa sawit bertaburan di jalan raya.

Nilai muatan biji kelapa sawit tersebut dianggar mencecah RM80,000.

Utusan Borneo 7 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment