May 4, 2015

Nelayan maut kemalangan motosikal

ANGGOTA polis dan orang ramai mengangkat mayat mangsa kemalangan maut. FOTOihsan pembaca

Marang: Seorang nelayan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Sentul Patah, di sini, 11 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Azahar Muhammad, 48, dipercayai menunggang motosikal berseorangan dari Kampung Pengkalan Berangan, di sini, menuju bandar Marang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Risikin Satiman berkata, mangsa melalui selekoh tajam di Kampung Sentul Patah menyebabkannya hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda dipandu wanita berusia 32 tahun.

"Akibat pertembungan itu motosikal berkenaan tercampak manakala mangsa terlentang di atas laluan terbabit dengan anggota badan dan kepala cedera parah.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala wanita memandu pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 4 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment