April 21, 2015

Tahfiz AlHuda perlu sumbangan RM600,000

Ridzwan (kanan) menunjukkan tapak cadangan bangunan Madrasah Tahfiz AlHuda semasa kunjungan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Datuk Dr Hussamuddin.

KOTA BHARU - Madrasah Tahfiz AlHuda di Lorong Hidayah, Kampung Huda, Kubang Kerian yang baru memulakan operasi setahun lalu memerlukan sumbangan kewangan bagi menaik taraf dan membiayai kegiatan akademiknya.

Pengetuanya, Ridzwan Ab Ghani berkata, bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, pihaknya memelrukan dana yang boleh disumbang dalam bentuk zakat atau derma bagi membiayai kos naik taraf blok bangunan, ruang dapur dan dewan makan sekolah itu.

"Belanjanya dianggarkan RM104,488. Selain itu, kami juga bercadang nak bina sebuah bangunan dua tingkat menempatkan empat bilik darjah, dua bilik asrama, perpustakaan, bilik warden, lima bilik mandi dan 10 tandas memerlukan peruntukan kira-kira RM488,000,” ujarnya.

"Bagi belanja mengurus pula, kami memperuntukkan kira-kira RM14,000 termasuk untuk gaji guru, warden dan tukang masak,” katanya.

Madrasah itu kini mempunyai 33 pelajar yang dipilih daripada 70 permohonan.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Ustaz Ridzwan 012-9817487 atau terus menyumbang ke akaun Ittihad Tarbawiyah Solution Bank Islam 0301 8010 1573 23 atau Maybank 5531 0456 4429 atau CIMB 0308000 0769102.

Sinar Harian
20 April 2015

0 comments:

Post a Comment