April 19, 2015

Lambaian sebelah tangan

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan seorang mangsa yang tertimbus.

Machang: “Saya bernasib baik kerana sebelah tangan terjulur keluar dan lambaian dilihat rakan di permukaan,” kata Mohd Zamri Kadir, 21, mangsa yang terselamat dalam kejadian tebing tanah runtuh di Kampung Lepan Kandis, Pulai Condong, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu menyebabkan dua pekerja warga asing maut manakala dua lagi warga tempatan termasuk Mohd Zamri cedera ringan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Sayed Huson Muhamad Akder, 19, warga Myanmar dan Awaebuesa @Che Ali, 30, warga Thailand. Mangsa cedera, Che Mohd Faizal Che Mat, 30. Mayat dan mereka cedera dihantar ke Hospital Machang.

Menurut Mohd Zamri, kejadian berlaku sangat pantas ketika dia dan tiga rakannya sedang melakukan kerja meratakan tanah untuk pemasangan paip.

“Tiba-tiba dinding lubang sedalam lima meter itu runtuh menyebabkan saya serta rakan tertimbus.

myMetro 31 Mac 2015


‘Terkubur’ tujuh meter

ANGGOTA bomba dan penyelamat menyelamatkan empat pekerja kontrak yang tertimbus. FOTO ihsan Polis

Machang: Empat pekerja kontrak yang sedang mengorek tanah di Jalan Kemubu, Pulai Chondong, di sini tertimbus dengan dua daripadanya maut, manakala seorang lagi cedera.

Mereka yang maut adalah warga Thailand dan seorang lagi warga Myanmar.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Machang berkata, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa sedang melakukan kerja mengorek tanah untuk pemasangan paip.

"Pada kedalaman tujuh meter, berlaku tanah runtuh dan menimbus empat mangsa yang berada di dalamnya.

"Bomba menerima panggilan 2.50 petang dan mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Machang. Mangsa yang cedera turut dihantar menerima rawatan di hospital sama.

myMetro 30 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment