March 25, 2015

Tiga bertembung ragut satu nyawa



FOTO ihsan pembaca

Kampung Gajah: Tiga kenderaan membabitkan dua lori dan kereta kemalangan di Jambatan Pasir Salak, di sini pagi tadi.

Difahamkan seorang pemandu lori maut akibat tersepit, manakala tiga lagi mangsa cedera parah dalam kemalangan itu.

Kemalangan kira-kira 10 pagi itu membabitkan lori membawa muatan batu dan lori membawa muatan ikan serta kereta Proton Waja.

Mangsa yang maut difahamkan adalah pemandu lori ikan, manakala yang cedera adalah kelindannya, pemandu sebuah lagi lori dan pemandu kereta.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 10.04 pagi.

Menurutnya, setibanya pasukan bomba ke lokasi kejadian mendapati terdapat tiga mangsa yang tersepit dan kerja-kerja menggeluarkan mangsa segera dilakukan.

"Berdasarkan maklumat awal, tiga mangsa tersepit membabitkan kedua-dua lori berkenaan.

"Operasi menyelamatkan mangsa dijalankan oleh anggota bomba dari Seri Iskandar dengan bantuan dari Bomba Teluk Intan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakhri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian namun maklumat lanjut masih belum diperolehi.

myMetro 25 Mac 2015

0 comments:

Post a Comment