January 27, 2015

Kanak-kanak 5 tahun maut dilanggar

BATU PAHAT - Seorang kanak-kanak maut setelah dilanggar sebuah van berhampiran Jalan Besar/Jalan Lama Yong Peng, kira-kira jam 5.50 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berkenaan berlaku apabila sebuah van yang melalui jalan berkenaan tidak sempat mengelak seorang kanak-kanak yang melintas.

Katanya, pemandu berkenaan dikatakan sedang memandu di jalan satu lorong itu sebelum mangsa, R Kavilesh, 5, tiba-tiba melintas jalan lalu dirempuh hingga mengakibatkan mangsa parah.

“Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Yong Peng sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan HSNI, pada jam 7.30 malam,” katanya.

Menurut Din, semasa kejadian, cuaca agak baik, keadaan jalan juga rata, berturap dan berkeadaan kering.

Katanya, bagaimanapun jalan berkenaan dikategorikan sebagai jalan kampung kerana tiada garisan putih pembahagi jalan dan kenderaan yang melalui kawasan berkenaan perlu dipandu perlahan.

“Saya harap kejadian ini dijadikan iktibar dan kepada pemandu pandu dengan had laju ditetapkan dan berhati-hati ketika memandu di kawasan kampung,” katanya.

Sinar Harian 26 Jan 2015

0 comments:

Post a Comment